Resepi istimewa ini datangnya dari Hotel Coronade, Kuala Lumpur.
Bagi yang nak menyajikan tetamu yang datang ke rumah kOrang musim Syawal, apa kata... cuba memasak sajian yang disediakan oleh Chef Rizal dari dapur Hotel Coronade ini.
Kalau soal masak memasak ini, macam yang Sheila Rusly pesan dalam rancangan masak memasaknya Ketuk-Ketuk Ramadhan tu, kalaulah kena ramuan dan caranya, InsyaAllah, anda akan dapat menikmati selera yang enak.
Okey, jOm !
Bahan-bahan :
- Ayam 1 ekor
- Santan 300g
Bahan yang dikisar atau ditumbuk :
- Lengkuas 100g
- Serai 100g
- Bawang merah 100g
- Bawang putih 100g
- Kunyit 100g
Cara menyediakan :
Perapkan ayam dengan bahan yang telah dikisar selama 30 minit.
Selepas itu panggangkan sehingga masak.
Masak bahan perap tadi kemudian dimasukkan santan dan masukkan garam secukup rasa.
Lumurkan bahan sos dimasak tadi ke atas ayam sebelum di hidangkan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinGGalkan jejak anda di sini .
TERIMA KASIH !