Selamat Datang Ke PEARL oF THE BLoG :) . Sila Tinggalkan Jejak Anda Di Shoutbox . TERIMA KASIH !

Kehadiran Yang Dinanti ...

Hari Raya Aidilfitri ,
Bukannya satu kegembiraan ,
Bukannya satu kesedihan ,
Tetapi satu kesyukuran ...

Hari Raya Aidilfitri ,
Meraikan fitrah yang suci ,
Bukannya meraikan syaitan yang kembali ,
Takbir bergema tulus suci ...

Hari Raya Aidilfitri ,
Perayaan untuk yang berTaqwa ,
Tiada yang layak selainnya ...

Hari Raya Aidilfitri ,
Maaf bermaafan menjadi adat ,
Yang dekat ziarah menziarahi ,
Mengeratkan silaturahim ...

Bertimbang rasalah ,
Bersimpatilah ,
Berkasih sayanglah ,
Kerana Ia Sesuai Dengan Fitrah Kita ...

" Selamat Hari Raya Aidilfitri ,
               Maaf Zahir & Batin "




No comments:

Post a Comment

Sila tinGGalkan jejak anda di sini .
TERIMA KASIH !